Saturday 25 January 2014

BAB 2
Pagi itu, Diya tidak larat untuk bangun. Nampaknya dia tidak dapat untuk pergi ke kerja. Hana berasa hairan melihat Diya. Tidak kerjakah dia? Hana menegur. “aik? Diya kau tak kerja ke? Kau ok ke tak ni?”  “entahlah. Aku pun tak tahu kenapa dengan aku ni. Macam nak demam pulak.” Kemudian Hana meletakkan tangannya pada dahi Diya. “eh panas ni. Jom aku bawa kau pergi klinik.” “tak apa lah. Kejap lagi aku makan panadol eloklah ni.” “jomlah. Nanti lagi teruk demam kau tu. Jangan degillah.” Hana pun membantu Diya bangun untuk membawanya ke klinik. “suhu badan cik agak tinggi. Jadi, saya sarankan cik banyak minum air dan juga kena rajin makan ubat. Ok?” kata doktor lelaki yang agak handsome itu. ‘tak pernah nampak doktor ni. Doktor baru ke? Peramah semacam je’ bisik Diya kepada Hana. ‘hish.. kau ni nanti dia dengar macam mana? Manalah aku tahu. Bukan aku yang jaga klinik ni.’ Balas Hana secara berbisik juga. Pada Diya walau sekacak mana pun lelaki itu, dia tidak pernah tergoda dengan kata-kata manis lelaki. Kerana kisah hitam hidupnya mengajar dirinya untuk tidak terus percaya akan kata-kata lelaki. Dan kerana itu jugalah, dia belum mempunyai kekasih seperti kawannya, Hana. Selepas jururawat memberi ubat dan memberi penerangan tentang ubat itu, Diya dan Hana pun beredar. Tetapi baru saja mereka hendak membuka pintu, tiba-tiba ada suara memanggil. “cik Diya!” Diya menoleh. Doktor lelaki tadi memanggil Diya. “ye?” Diya menjawab. “saya Doktor Zafriel. Saya cuma nak ingatkan awak, jangan lupa makan ubat. Kalau tak sihat juga, datanglah klinik saya. Ok?” ‘apa hal pulak lah doktor ni. Dari tadi suruh aku makan ubat. Aku tahulah makan ubat. Bukannya aku budak kecil lagi. Saja je.’ Desis Diya dalam hati. “yelah doktor. Saya akan selalu makan ubat. Sampai habis botol ubat tu nanti, saya minta lagi ye?” perli Diya. Doktor itu ketawa. ‘comel pula lah doktor ni. Ada lesung pipit. Arrgghh.. comel tak comel. Nampak sangat doktor ni player. Semua lelaki sama je’ “ok lah doktor. Saya balik dulu ye. Assalamualaikum.” “waalaikumsalam. Hati-hati balik tu” “amboi..Diya. bukan main lagi kau ye.. sukalah tu.” Sindir Hana. “ishh.. tolonglah. Aku tak tergoda langsung. Lagipun doktor macam tu, confirm-confirm lah player. Semua perempuan dia nak.” “tak semestinya. Aku tengok doktor tu macam ok je. Siapa nama dia?” “doktor Zafriel. Kenapa berminat?” “ish.. tak ada maknanyalah. Kalau aku dengan doktor tu, si Iqbal tu aku nak campak mana? Campak kat kau? Confirm-confirm lah kau tak nak. Si Talha punya handsome tu pun kau boleh tolak. Haa.. cakap pasal Talha. Apa cerita dia sekarang kan?” “emmm...entahlah.. aku pun dah tak ada contact dengan dia dah. Dah kahwin agaknya.” “yeke? Takkan lah. Dia dah frust tak dapatkan kau tak kan dia nak kahwin macam tu je. Mesti dia nak cari perempuan macam kau. Hehe” “cik Nur Hana Binti Shamsul, dalam dunia ni, bukan sekuntum je bunga. Berlambak tau.” “memanglah dalam dunia ni bunga bukan sekuntum tapi, yang sekuntum macam kau lah yang susah nak cari.” “apa pasal pulak?” “yela, kau kan cantik, baik, rajin. Haha” Hana bercakap sambil meletakkan tangannya di bahu dan matanya ke atas. “banyaklah kau. aku satu hari ni tak makan langsung tau. Jangan sampai kau yang aku makan nanti.” Mereka pun ketawa bersama.
“Hana, aku rasa aku nak berhenti kerja lah.” Kata Diya secara tiba-tiba. “eh, kenapa pulak? Tak ok ke kerja situ?” “ok tu memanglah ok. Tapi penatlah. Gaji pun tak naik-naik. Aku rasa aku nak buka kedai. Kedai kek ke, kedai bunga ke. Ok tak?” “hish..Diya, kau ingat senang ke nak buka perniagaan sendiri ni. Kau kena ada modal, ada pengalaman. Kalau kau tak tahu, kau kena pergi kursus.” “emmm..apa susah aku pinjamlah bank.” “memanglah tak susah. Tapi kalau perniagaan kau tu tak untung banyak, bunga dekat bank pula bertambah. Macam mana? Tak berhutang kau nanti?” Diya diam sebentar. Kemudian dia bersuara semula. “hah! Aku tahu. Apa kata kalau kau pinjam dekat papa kau? kau cakaplah yang kau nak buka kedai dengan aku. Kau tolonglah aku sekali? Amacam?” “boleh tu memanglah boleh. Tapi, aku ni tak ada masa. Kerja dekat Universiti tu pun melambak. Apa kata, kalau aku pinjamkan kau. Maknanya nanti, kau bayar je lah kat aku. Tapi, aku tak dapat nak tolong kau lah untuk uruskan kedai tu. Sikit-sikit bolehlah. Ok? Tapi modal, kau jangan risau. Serahkan pada yang pakar.” Kata Hana bangga sambil mendabik dadanya. “tapi, tak susahkan kau ke?” “tak adalah.  Asalkan kau bersungguh-sungguh. Ok?” “ok bos” jawab Diya sambil tabik seperti seorang askar. Sebenarnya Diya tidak mahu menyusahkan sesiapa. Tapi dia ingin mencuba untuk berniaga sendiri. dia berazam yang dia akan menjadi seorang usahawan yang berjaya. Dia mahu membanggakan ibu dan ayahnya. Mujurlah keluarga Hana orang yang berada. Itu sebablah, bapanya membelikan rumah itu kepadanya. Apa saja yang dia minta pasti dituruti bapanya. Maklumlah Hana merupakan anak tunggal dalam keluarganya.

Monday 20 January 2014

KISAH DIYA

BAB 1
Kring!!! Kring!!! Bunyi loceng berdering. Terasa berat matanya untuk dibuka. Dia melihat jarum pada jam loceng menandakan pada pukul 8.30 pagi. Baru saja niat untuk melelapkan matanya semula, tiba-tiba... “arghhhh!!! aku dah lambat!! Macam mana ni!!! Adoiii!!” jeritnya kelam kabut. Kawannya, Hana masuk ke biliknya. “kau ni dah kenapa? Terjerit-jerit terlolong-lolong. Dah macam orang kena rasuk.” “aku dah lambat ni. Jangan cakap dengan aku” jawab gadis itu yang bernama Diya Darwisha. “tu lah kau. Siapa suruh tidur lewat semalam. Sibuk menghadap laptop tu je kan dah lambat,” leter Hana. “kau tak payah lah membebel. Aku dah lambat ni” jawab Diya kelam kabut sambil menguruskan dirinya. Hana mengeluh dan berlalu.
Diya masuk dengan perasaan yang berdebar. Mana tidaknya sudah masuk berapa kali dia lewat ke pejabat. “Diya!” seorang wanita 30-an yang bekerja sebagai kerani itu memanggil. Diya menoleh. “ye kak Muna?.” “lambat lagi lambat lagi. Tu hah bos panggil kau,” “aduh...” Diya bersungut. Diya mengetuk pintu yang bertanda nama ‘PENGARAH URUSAN’. “masuk.” Arah lelaki yang sudah berumur itu atau lebih dikenali sebagai Tuan Fadhil. “duduk.” Arah tuan Fadhil lagi. “Diya Darwisha binti Muhd Khalil.” “ye saya..” jawab Diya gementar. “kali ni dah masuk berapa kali awak lambat?” “1...2...errr..5. ye 5.” Balas Diya sambil mengira dengan jarinya. “kalau ikutkan peraturan bekerja di syarikat ni, kalau di berhentikan kerja mesti datang lewat berapa kali?” sindir Tuan Fadhil. “errr..8 kali dalam sebulan.” “bagus..jadi awak ada 3 lagi peluang untuk berhenti kerja. Ok? Awak boleh keluar.” “errr..ta..tapi..sa..sa” Tuan Fadhil menghalakan tangannya kearah pintu keluar pejabatnya. Diya pun menunduk dan meminta izin untuk beredar. Sejurus dia keluar, semua mata memandang kearahnya. Dia tertunduk malu. Diya telah bekerja sebagai pekerja biasa di sebuah syarikat besar yang dipanggil Syarikat Gold Coin Holding itu sudah masuk 3 tahun. “Diya..Diya..” panggil seorang perempuan berbisik. “kenapa?” jawabnya. “Tuan cakap apa?” “tak ada apa.” “yeke? Takkan dia tak marah kot? Dah berapa kali dah kau lambat.” “iyee.. tak ada apa. Dah lah buat je lah kerja kau tu. Sibuk je.” Jawab Diya geram. Perempuan itu mencebik. Dia dipanggil ‘minah belacan’ kerana mulutnya yang sentiasa sibuk bercerita tentang perihal orang lain. Baru saja Diya duduk untuk melakukan kerjanya, dia terlihat sehelai sticky notes melekat di hadapan meja yang bertulis.
Diya, lunch nanti saya tunggu awak dekat Cafe’s ok? =)
                                                            -Nizar
 ‘aduh, apa lagilah si Nizar ni nak. Tak habis-habis ganggu hidup aku’ rungut Diya sendiri. Waktu rehatnya sudah tiba. Dia biasanya rehat bersama Sarah. Sarah merupakan satu-satunya kawan yang sudi rehat bersamanya. Bukan tidak ada orang yang ingin berkawan dengannya, tetapi dia bukanlah seorang yang peramah. Dan disebabkan itu juga, ramai lelaki yang bekerja di situ cuba untuk mendekatinya. Diya boleh dikategorikan sebagai gadis yang cantik. Kerana rupanya yang mempunyai ala-ala kacukan Scottish. Dan ramai juga wanita yang cemburu melihat dirinya. “Diya! Diya!” panggil Nizar yang sedang menunggu di sebuah meja sambil melambai-lambai tangannya kearah Diya. Diya mengeluh. “apa dia?” tanya Diya malas. “meh lah sini rehat dengan saya.” “tak apa lah. Diya nak rehat dengan Sarah. Sarah tersenyum sambil mengeyit matanya dengan Nizar. “eh tak apalah Diya. Aku boleh rehat sorang. Lagipun, aku nak masuk office awal” Sarah memberi alasannya kerana telah berpakat dengan Nizar untuk membiarkannya rehat bersama Diya. “Diya meh lah minum dengan saya. Saya sorang je ni.” Pelawa Nizar. “ish.. awak nak apa? Tak habis-habis nak kacau saya.” Rengus Diya. “memanglah saya kacau awak tak habis. Sebab saya nak kacau awak sampai awak jatuh hati dengan saya.” Balas Nizar sambil tersenyum. Diya mengalih wajahnya kearah lain. “Diya, esok kawan saya ada buat birthday party. So, sudi tak awak kalau temankan saya. Just jadi my partner je. Boleh?” “hah? Birthday party? Saya tak minat.” “alaa..sekejap je. Kita makan-makan pastu baliklah. Ok?” “saya dah kata, saya tak minat. Kalau awak nak pergi sangat, awak ajaklah orang lain. Dah lah saya nak masuk office.” “Diya..tunggulah.” Nizar mengejar Diya yang telah beredar. “alaa.. saya cuma nak ajak awak untuk keluar dengan saya je. Please..” Nizar merayu. “saya rasa awak tak faham bahasa melayulah? I don’t want to go. Understand?Nizar tunduk mengerti.
Setelah Diya memarkir kereta Perodua Viva miliknya, dia melihat pintu pagar masih berkunci. Kereta Hana juga tiada. Itu bermakna Hana masih belum pulang dari kerja. Diya tinggal bersama Hana. Setelah Hana mempelawa untuk tinggal bersamanya kerana dia tinggal seorang diri. Rumah itu dibeli bapa Hana untuk kemudahan Hana pergi ke tempat kerjanya. Diya melepaskan lelahnya dengan berbaring di atas sofa ruang tamu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. ‘Hana’ nama yang tertera di skrin telefonnya. Diya menjawab. “hello, Diya. Aku balik lambat ye hari ni. Ada banyak kerjalah. Kau jangan lupa kunci pagar. Jangan risaukan aku. Kalau kau boleh tunggu, nanti balik aku belikan makanan. Ok?” “kau tu hati-hati. Dah malam ni bahaya anak dara balik sorang-sorang. Tak payahlah. Aku boleh masak apa yang ada. Jangan balik lambat sangat.” “yela.. ok lah. Aku ada kerja ni. Nanti apa-apa aku call kau. Bye. Assalamualaikum.” “bye. Waalaikumsalam.” Panggilan dimatikan Hana. Sibuk sungguh kawannya itu. Maklumlah bekerja sebagai Pensyarah di sebuah Universiti memang sentiasa sibuk sahaja. Diya pun meletak telefonnya di atas meja. Dan dia pun mengambil tuala untuk mandi. Selesai mandi, satu bunyi nada mesej berbunyi menandakan ada mesej pada telefonnya. Nama ‘Nizar’ tertera menandakan mesej itu daripada Nizar. Dia membuka mesej itu yang bertulis.
Assalamualaikum, Diya. Awak dah tidur ke? Dah pukul 10 malam ni takkan la awak tak tidur lagi kan?saya mesej awak ni sebab saya nak minta maaf pasal tadi. Saya paksa awak untuk temankan saya. Ni pun saya baru balik dari birthday party kawan saya tu. Saya minta maaf ye?
‘hish, macam mana dia dapat nombor telefon aku? Ni mesti kerja si Sarah ni.’ Kata Diya seorang diri. Dan dia pun membalas semula mesej Nizar tadi.
Waalaikumsalam. Tak apa.. saya dah maafkan pasal tadi. Cuma saya tak maafkan lagi pasal ni.
Diya pun memicit punat bertulis ‘SEND’. Seminit kemudian Nizar membalas.
Pasal ni? Kenapa? Emm..ohh..pasal nombor telefon awak ni? Hehe..saya dapat dari Sarah. Janganlah marah. Sorry?

Saya tak marah. Cuma geram je. Awak tu kalau nak nombor saya mintalah sendiri dekat saya. Tak boleh?

Saya bukan tak nak minta dekat awak. Tapi.. saya tahu awak tak kan bagi punya...
Ermm..dah lah saya nak tidur. Bye. Selamat malam. Assalamualaikum.

Ok. Bye. Selamat malam sayang.. Waalaikumsalam. =)

Diya pun mematikan talian. ‘sayang? Eeee..siapa entah sayang dia.’

Saturday 18 January 2014

BUDAK BLOGGERS BARU ^_^ (MACAM POYO JE..HUHU)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T ...
KE BELAKANG SIKIT MEI LING.. (HAHA)
SEBENARNYA SAYA MERUPAKAN AHLI BLOGGERSSSS BARU..
HAAA.. NAMPAK TAK BANYAK SSSS DIA TU. 
SAYA TAHU YANG AYAT SAYA NI BEGITU 'SKEMA'
TAPI JANGAN RISAU SAYA TAHU YANG ANDA SEMUA MASIH MEMAHAMI APA YANG SEDANG SAYA INGIN PERKATAKAN.
WAHAI UMAT MANUSIA SEKALIAN.. (HAHA.. SERAM TAK?)
KEPADA SESIAPA YANG SUDI MENGAJAR SAYA LEBIH TENTANG BLOG NI AMAT-AMAT LAH SAYA HARGAI. SEBENARNYA TUJUAN SAYA BUAT BLOG NI UNTUK MENONJOLKAN BAKAT MENULIS NOVEL SAYA. SO, SAYA MINTA SANGAT-SANGAT YANG KORANG DAPAT SOKONG APA YANG SAYA NAK BUAT NI. (HUHU..AYAT POYO)
TAPI PENULISAN SAYA TU MASIH DALAM PROSES. KALAU NAK BACA DAN NAK TAHU CERITA YANG INGIN SAYA SAMPAIKAN.. TERUSLAH SINGGAH-SINGGAH BLOG SAYA YEEE... 
OK LAH TAK MAU LAH CAKAP BANYAK LAGI. APA-APA PUN TERUS MENGIKUTI SAYA OK?
MMUAH!! PYE!! LOVE UOLLSSS!!! *PEACE
RINDU KAWAN-KAWAN KU.. (MY GROUP URG)